Saturday, 13 July 2013

Pemanis Rasa

BUBUR SOM-SOM & KUIH LOMPAT TIKAM
Dikategorikan sebagai makanan tradisional.
Tak tahu bagaimana kuih2 Ini mendapat namanya.
Mungki juga lompat tikam tu kerana bila nak makan kita tikam dengan sudu....dan kuih tu melompat iaitu masuk ke dalam mulut!
  • Resepi asal hanya menggunakan tepung beras dan santan serta secubit garam; 
  • Dicampur semuanya dan dikacau agar tidak bergentel atas api kecil sehingga pekat. 
  • Sejukkan dalam loyang.
  • Masak air gula merah atau gula melaka sehingga pekat.

Ini pula resepi mM.
Buat seperti nak buat Kastad Jagung tetapi tidak letak jagung.
  • Tepung beras dan tepung beras dalam 1 cawan, + tepung jagung 4 sudu besar.
  • Dicampur dan kacau dengan santan + air, garam, 4 sudu besar gula putih, sebiji telur yang telah dipukul. (Cair sikit pun tak ngapa, nanti masak bagi dia pekat.)
  • Kalau nak diblend dulu pun ok, 
  • Boleh tambah perisa...vanilla ka, pisang ka dan kasik lah warna bagi tambah comel lagi; tak adalah kusam je, nak harapkan kuning tepung kastad tu nanti dia tak berapa mengancam.
  • Jerang atas api kecil dan kacau sampai pekat.
  • Angkat, sejukkan dalam loyang.
  • mM kukus sekejap sebab mM dah masukkan tepung jagung tadi. Jika tak mahu banyak kerja, tepung jagung tak perlu ditambah dalam adunan tu, sebab tepung jagung berfungsi untuk memekat @ melembutkan adunan, dan tak berapa nak mengeras bila sejuk nanti.
  • Ada orang gantikan dengan tepung kacang/ tepung Hon Kwee, jadi tak perlu guna tepung jagung dan tepung kastad. Ini sesuai jika kita nak kuih berwarna lain dari warna kuning.
  • Masak gula, daun pandan, pewarna. Gula banyak pun tak mengapa; takut tawar pula sirap kita.
Masa nak makan nanti adjust lah rasa manis tu, kalau tak suka manis, tuang sikit saja sirap tu. Kalau gemo yang manis2 tu, tuang biar dia melaut gitu! Asal jangan sampai pening2 dek manis gula tu sampai menangkap ke kepala, udah lee. Tak pasal2 landing kat atas katil wad hospital.

Sebenarnya, resepi asalnya mudah dan murah cuma kurang berkhasiat. Semata2 tepung dan air. Jadi mM tambah telur dan santan; boleh juga guna susu cair.
rupa dia selepas sesi berbuka puasa tamat

Friday, 12 July 2013

bihun goreng tomyam

Sangat senang dibuat.
Masak seperti menggoreng bihun biasa, cuma gantikan dengan perencah tomyam. 
  • Tumis bawang putih yang diketuk2 sehingga naik baunya. Masukkan 2 batang serai yang disiat2 serta tomato cincang serta daun limau purut (dikoyak2 terlebih dahulu) 
  • Baru masukkan perencah, air sedikit dan lain2 bahan seperti ayam, udang, daging dan sebagainya.
  • Kacau2 biar empuk. Terpulang untuk menambah garam dan perasa.
  • Masukkan sayur kobis, karet atau apa2 pilihan sendiri.
  • Jika suka lebih pedas, masukkan cili api/padi.
  • Pecahkan telur, masukkan bihun dan goreng biar bercampur rata.
  • Angkat, taburkan bawang goreng, cili merah dan daun sup daun bawang.


Thursday, 11 July 2013

menu berbuka

Udang goreng mentega,
Sayur kobis goreng bertelur,
Ayam masak lemak cili api,
Drummet ayam goreng,
Ikan keli goreng + acar buah.

Udang goreng mentega tersebut memerlukan telur kuning sahaja, jadi telur putihnya direncahkan ke dalam masakan sayur.
Ikan keli goreng tidak memerlukan sambal belacan atau air asam lagi sebab masakan ayam sudah menggunakan cili api yang agak pedas dan panas; memadai dengan acar buah yang masam2-manis itu sebagai penambah rasa.
Drummet ayam goreng untuk mereka yang tidak tahan makan cili api.
Memandangkan masak lemak ayam sudah pedas, berkuah dan berlemak santan; lain2 masakan gandingan memadai yang ringkas dan ringan.