BUBUR SOM-SOM & KUIH LOMPAT TIKAM
Dikategorikan sebagai makanan tradisional.
Tak tahu bagaimana kuih2 Ini mendapat namanya.
Mungki juga lompat tikam tu kerana bila nak makan kita tikam dengan sudu....dan kuih tu melompat iaitu masuk ke dalam mulut!
Mungki juga lompat tikam tu kerana bila nak makan kita tikam dengan sudu....dan kuih tu melompat iaitu masuk ke dalam mulut!
- Resepi asal hanya menggunakan tepung beras dan santan serta secubit garam;
- Dicampur semuanya dan dikacau agar tidak bergentel atas api kecil sehingga pekat.
- Sejukkan dalam loyang.
- Masak air gula merah atau gula melaka sehingga pekat.
Ini pula resepi mM.
Buat seperti nak buat Kastad Jagung tetapi tidak letak jagung.
- Tepung beras dan tepung beras dalam 1 cawan, + tepung jagung 4 sudu besar.
- Dicampur dan kacau dengan santan + air, garam, 4 sudu besar gula putih, sebiji telur yang telah dipukul. (Cair sikit pun tak ngapa, nanti masak bagi dia pekat.)
- Kalau nak diblend dulu pun ok,
- Boleh tambah perisa...vanilla ka, pisang ka dan kasik lah warna bagi tambah comel lagi; tak adalah kusam je, nak harapkan kuning tepung kastad tu nanti dia tak berapa mengancam.
- Jerang atas api kecil dan kacau sampai pekat.
- Angkat, sejukkan dalam loyang.
- mM kukus sekejap sebab mM dah masukkan tepung jagung tadi. Jika tak mahu banyak kerja, tepung jagung tak perlu ditambah dalam adunan tu, sebab tepung jagung berfungsi untuk memekat @ melembutkan adunan, dan tak berapa nak mengeras bila sejuk nanti.
- Ada orang gantikan dengan tepung kacang/ tepung Hon Kwee, jadi tak perlu guna tepung jagung dan tepung kastad. Ini sesuai jika kita nak kuih berwarna lain dari warna kuning.
- Masak gula, daun pandan, pewarna. Gula banyak pun tak mengapa; takut tawar pula sirap kita.
Sebenarnya, resepi asalnya mudah dan murah cuma kurang berkhasiat. Semata2 tepung dan air. Jadi mM tambah telur dan santan; boleh juga guna susu cair.
| rupa dia selepas sesi berbuka puasa tamat |
No comments:
Post a Comment