Ini barang2makanan mM order untuk harijadi anak mM di Johor Baharu tempohari
Nahhhh inilah pizza yang mM dan anakmenantu buat tempohari
1. mula2 uli tepung; dengan tangan pun boleh je...jangan terlalu keras atau terlalu lembek
Roti/Base Pizza :
250gm tepung gandum
1/2 paket yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)/homemade water roux
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
1 biji telur
Resepi ini boleh digunakan untuk membuat donut dan roti2 bun juga.
Jika tiada bahan, atau mahu lebih diet... memadai pizza base menggunakan:
250gm tepung gandum
1/2 paket yis segera
160 ml air
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Suka diingatkan, kegunaan kuantiti air ini bergantung kepada lembek dough/doh.
Campurkan semua bahan, kacau dan uli.
Biar selama 1/2 jam atau sehingga doh naik sekali ganda; ulang sekali lagi menguli.
Bila doh telah naik untuk kali ke2, bahagikan serta baru dicanai.
Dengan adunan ini, dapat membuat 3 biji PIZZA
Dengan adunan ini, dapat membuat 3 biji PIZZA
2. biar naik sekali ganda, uli dan gelek. Isi dalam tin pembakar. Jika tiada tin pembakar, boleh guna tudung periuk aluminium yang leper tu. Isi dengan inti, apa2pun boleh....ikut selera sendiri.
3. siap sedia selepas sapu dan tabur dengan sos cili, sos tomato, mayonis, keju dan herba oregano.
4. Siap selepas dibakar...ready untuk dihidangkan.

