Friday, 26 February 2016

Apom Gula Hangus

Cubalah ikut resepi ni ..
Try la..Insyaa Allah menjadi..
sedap lembut sampai selepas 2 hari 2 malam, masih elok lagi lembutnya walaupun tak disimpan di dalam peti ais pun...

Masa nak masak air gula tu..hati2....jangan bagi budak2 duduk dekat berhampiran dapur....

Masak gula bagi cair..jangan sampai hangus pula..
api kena kecil...dan standby air panas siap2..
bila gula dah larut semua..kecilkan api lagi...
tuang air panas sikit2/pelan2..silalah jauhkan muka..hihi..
takut bila menggelegak nanti akan terpercik kat muka pula..!
Kemudian kuatkan api semula; kacau bagi gula yg keras tu hancur....
siap..air gula!

Friday, 12 February 2016

kek keju mudah

Nak buat kek ni, tak perlu bakar...
cuma kena lah ada  cream cheese dan biskut cream crackers. Biskut tawar atau lain2 biskut boleh juga digunakan...Nak guna serbuk biskut raya pun boleh juga la, kan...
Hancurkan jadi serbuk, gaul dengan susu yang dipukul kembang bersama keju tu.
Lapis2kan dengan serbuk biskut.
Simpan dalam freezer beberapa jam atau tingkat bawah peti ais semalaman supaya kek elok mengerasnya.