Bahan-bahan apam nasi
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air
2 sudu yis
pewarna jika suka
Kelapa parut
Cara-cara menyediakan apam nasi
~Blend nasi sejuk dengan air hingga hancur, seperti menyediakan bubur nasi bayi tu.
~Masukkan gula dan blend semula.
~Ayak tepung gandum,tepung beras dan campurkan yis.
Masukkan adunan yang telah di blend tadi ke dalam campuran tepung dan gaul sebati.
Masukkan pewarna mengikut kesukaan masing-masing.
~Perap selama 3 jam sehingga adunan naik sekali ganda.
Sementara tu, kelapa parut digaul dengan sedikit garam dan kukus; ini akan dapat memanjangkan usia kelapa tu ya...tak lah cepat basi dan berbau apom kita tu nanti!
Kemudian, letak adunan ke dalam mangkuk2 comel dan kukus dalam loyang.
Hati2 takut air kukusan menitik ke dalam adunan semasa mengukus tu...
Bila sudah sejuk baru keluarkan dari acuan..
Gaulkan dengan kelapa parut sebelum menjamu selera...