Wednesday, 28 December 2016

KEK COKLAT MOIST

(kek versi google) 
 bukan resepi ori yang mM biasa buat semasa jualan tengah HOT 10 tahun lalu!

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur
250 gm butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair

Cara menyediakan:
1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan
    atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat
    sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-
    sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak 3X tepung dengan baking powder  
    baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat
    tadi dan digaul hingga rata-rata,
3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu
    180degree api atas bawah.
4. Sejukkan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
5. Untuk moist ganache:-
     satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas
    dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek serta hiaskan.