Thursday, 7 December 2017

Makan

Bila nak dapatkan berat yang ideal...?

1) Nasi putih, ikan pari masak asam pedas, kacang bendi goreng bertelur, ulam daun selom.
2) Air sirap bunga telang
3) Serawa/pengat buah sukun
4) kek coklat

Sunday, 19 November 2017

Kek butter

Walaupun bahan2 kek ini dicampur menggunakan blender sahaja Serra dikurangi sukatan gula dan lemak, tetapi tetap lembut walaupun selepas 2-3 hari.

Thursday, 24 August 2017

Popia

Popia Taiping....
Terlupa nak snap gambar popianya sebelum makan.

Tuesday, 22 August 2017

Roti canai inti cheese

Roti canai segera....
-rendam sekejap di dalam bekas berisi telur yang dipukul...
-sapu minyak atas kuali leper @ tawa.
-jika suka boleh sapu majrin sedikit pada roti canai... Ini akan merangupkan lagi roti.
-letak roti canai celup telur tadi ke atas kuali panas...biar masak baru terbalikkan
-letak apa2 cheese(mozarella, cheddar, cream dsb) atas roti canai dan lipat 2.
-bila garing, terbalikkan.
-bila dah masak kedua2 bahagian, boleh dialihkan dari kuali.

Monday, 14 August 2017

Cucur Kembung Manis

Resepi Cucur Kembung Manis
paling mudah dan senang

3 cawang tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 cawan susu pekat manis
3 cawan air panas mendidih

Campur semua sebati.
Tunggu sejuk/suam.
Bulat2kan/ jemput2.
Goreng dalam minyak yang panas. Siap.

Friday, 10 February 2017

Mi Sanggul

Mi ini sama seperti lain2 jenis mi kering biasa.
Cuma mi ini bilahnya leper dan dibentuk membulat seperti sanggul wanita.
Cara memasaknya pun boleh dipelbagaikan seperti mi/bihun yang lain.
Ianya perlu direndam terlebih dahulu ke dalam air  panas sebentar untuk melembutkannya.
Selain dimasak sebagaimana mi2 bihun yang lain, mi sanggul juga boleh dibuat seperti bubur chacha....dimasukkan ke dalam kuah manis.